Bekas Pemain Chelsea Buat Hal Di China

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS bintang Chelsea, Oscar mencetuskan pergaduhan besar ketika pasukannya, Shanghai SIPG sekadar seri 1-1 dengan Guangzhou R&F pada Ahad.

Oscar yang menyertai kelab China itu pada jendela perpindahan pemain Januari lalu, dikatakan sebagai dalang kejadian pergadungan itu yang berlaku di Stadium Yuexiushan.

Selepas rakan senegaranya, Hulk menjaringkan gol penyamaan pada babak separuh masa pertama, Oscar dilihat hilang punca beberapa minit kemudian apabila menyepak bola ke arah pemain lawan sebanyak dua kali berturut-turut.

Tindakan pemain Brazil itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemain Guangzhou yang meluru dan menolak Oscar, sekali gus mencetuskan pergaduhan yang lebih besar antara kesemua 22 pemain dan pihak pengurusan kedua-dua pasukan.

Aksi tumbukan, tolak menolak turut dirakamkan dalam kejadian itu ketika pemain Shanghai cuba melindungi Oscar yang terbaring selepas ditolak oleh pemain Guangzhou.

Apabila keadaan berjaya ditenangkan, pengadil memberikan kad merah kepada Liang Tixiang daripada pasukan tuan rumah dan Fu Huan kerana terlibat dalam pergaduhan itu.

Bagaimanapun Oscar tidak dikenakan sebarang tindakan.

Shanghai SIPG masih kekal di tempat kedua dalam Liga Super China, empat mata di belakang pendahulu, Guangzhou Evergrande. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Oscar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan