Nika, Si Peramal Baharu Piala Dunia 2018 - Bola Sepak | mStar

Nika, Si Peramal Baharu Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 9:47 AM

Nika meramalkan Jerman akan menang pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Konfederasi bertemu Australia pada Selasa yang berlangsung di Rusia.

(Ubah saiz teks)

MASIHKAH ingat dengan seekor sotong kurita yang dipanggil Paul?

Paul manjadi perhatian pada aksi Piala Dunia 2010 apabila berjaya membuat lapan ramalan tepat termasuk kemenangan Sepanyol ke atas Belanda di pentas akhir.

Namun selepas itu tiada lagi maskot atau 'peramal' yang tepat seperti yang dilakukan Paul.


Bagaimanapun seekor beruang kutub bernama Nika dipilih sebagai maskot rasmi Piala Dunia 2018 Rusia  dan telah melakukan percubaan pada Piala Konfederasi Fifa yang turut berlangsung di venue sama.

Pada ramalan pertama, Nika membuat ramalan bahawa Mexico bakal mengejutkan Portugal dan ianya terjadi apabila kedua-dua pasukan mengikat seri 2-2.

Manakala Nika membuat ramalan kedua di antara perlawanan Jerman dan Australia.

Dan Nika memilih bekas makanannya yang terdapat bendera Jerman untuk menang pada perlawanan pagi Selasa nanti.

Nika merupakan seekor anak beruang kutub yang diselamatkan di Chukotka amat 'gilakan' bola sepak dan kadang-kala menggunakan bola sebagai bantal untuk membantunya tidur.

Tags / Kata Kunci: Nika , beruang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan