Pertahanan Kedah Luah Perasaan

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 10:04 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Kedah, Fitri Omar yakin Kedah mampu menjulang Piala Malaysia pada musim ini berdasarkan persembahan semasa skuad itu.

Namun katanya, ketentuan rezeki Allah SWT lebih tepat dan perlu dihadapi walaupun rakan-rakannya telah berusaha sebaik mungkin.

Jelasnya, kenyakinan itu diluahkan kerana skuad Hijau Kuning mempunyai barisan pemain yang mantap untuk bersaing dalam siangan Piala Malaysia.

"Selain mempunyai pemain yang bagus, Kedah juga telah membuktikan kemampuan yang ada dengan menjuarai Piala FA bulan lalu.

"Apa yang penting sekarang kesemua pemain termasuk diri saya perlu fokus dan terus berusaha untuk berada di final Piala Malaysia musim ini.

"Ia tidak mustahil jika kami terus berusaha. Cuma kita juga kena reda dengan kententuanNya," katanya kepada mStar Online.

Tambah pemain berusia 31 tahun itu, mungkin ada pihak yang menganggap kenyakinan itu sebagai 'cakap besar' namun baginya ia adalah hala tuju yang dikejar setiap pasukan.

Menurut Fitri, kelebihan Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof dalam membuat percaturan pemain menjadi kekuatan pasukan berkenaan ketika ini.

Selain itu ujarnya, kehadiran ribuan penyokong dalam setiap perlawanan menjadi kunci kekuatan Kedah selama ini untuk terus berusaha sehingga ke minit terakhir.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia , Fitri Omar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan