TRW Berputih Mata

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 4:13 PM

Syedi L Imam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat Kelantan untuk mendapatkan khidmat pemain import baharu, Seydi L Imam tidak kesampaian apabila rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ditolak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FMLLP petang Isnin, rayuan Kafa ditolak skuad tersebut masih gagal memenuhi kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran Liga Malaysia 2017 sekali gus menyebabkan sekatan perpindahan tetap dikuatkuasakan.

"Diputuskan bahawa sekatan perpindahan yang dikenakan kepada pasukan Kelantanakan tetap berkuasa dan perpindahan ini tidak dibenarkan kerana pihak Kafa masihgagal memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran untuk sekatan ini dimansuhkan," kata FMLLP.

Susulan itu, FMLLP berkata mereka tidak dapat memberikan kelulusan budi bicara ke atas permintaan Kafa terhadap perpindahan Seydi.

FMLLP turut berpendapat perpindahan itu dirasakan tidak membawa impak positif kepada kedudukan kewangan Kafa.

Sementara itu, mengenai rayuan pemotongan enam mata terhadap Kelantan, Lembaga Pengarah FMLLP memutuskan jumlah tersebut dikurangkan kepada tiga mata perlawanan.

Jelas FMLLP, keputusan itu dibuat selepas meneliti usaha Kafa untuk melengkapkan pendaftaran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran bagi jumlah tunggakan tertentu.

Mengulas mengenai permintaan Kafa berkenaan masa dan ruang untuk menyelesaikan tunggakan gaji, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), FMLLP berkata, pasukan itu akan diberikan tempoh masa sehingga 31 Oktober depan untuk melunaskan segala pembayaran tersebut.

"Ini akan membolehkan pihak Kafa memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran pasukan," katanya.

Namun, FMLLP berkata, jika Kafa gagal melengkapkan proses pendaftaran pasukan sebelum 31 Oktober depan, The Red Warriors (TRW) boleh disingkirkan ke Liga Perdana pada musim depan.

"FMLLP berharap agar pihak Kafa akan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. FMLLP juga memohon agar Kafa melengkapkan proses pendaftaran dengan mengemukakan surat penyelesaian gaji, KWSP, Perkeso dan LHDN kepada FMLLP secepat mungkin," demikian menurut kenyataan itu.








Tags / Kata Kunci: Kafa , FMLLP , Seydi L Imam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan