Ronaldo Tak Terganggu

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 7:30 AM

Cristiano Ronaldo

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo dilaporkan bersedia untuk meninggalkan kelab itu dan rakan sepasukannya di Portugal tidak melihat fikiran pemain itu terganggu.

Ronaldo masih 'fokus dan sangat serius' mengenai kempen Piala Konfederasi Portugal selepas laporan sensasi muncul mendakwa dia mahu meninggalkan Real.

Laporan akhbar Portugis A Bola pada Jumaat mendakwa pemain berusia 32 tahun itu tidak mahu lagi bermain di Sepanyol susulan dakwaan tipu cukai.

Laporan itu diperolehi daripada sumber yang rapat dengan pemain itu yang kemudian seolah-olah disahkan oleh berita antarabangsa yang lain.

Wakil Ronaldo telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu yang menyatakan pemain berkenaan menyembunyikan pendapatan dan menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol sebanyak €14.7 juta.

Real telah menyatakan 'keyakinan penuh' kepada Ronaldo dan percaya dia akan dibuktikan tidak bersalah daripada sebarang salah laku, tetapi masih mendakwa keputusan pemain itu untuk meninggalkan Santiago Bernabeu adalah muktamad.

Spekulasi ini berlaku ketika Portugal sedang membuat persediaan untuk Piala Konfederasi di Rusia, perlawanan pertama mereka menentang Mexico pada Ahad.

Rakan sekerja antarabangsa Ronaldo Andre Silva menegaskan kaptennya itu memberikan perhatian penuh terhadap tanggungjawabnya.

"Setakat yang saya lihat, dia bermotivasi dengan pasukan kebangsaan, dia fokus dan sangat serius," kata Silva kepada pemberita selepas ditanya tentang Ronaldo sejak didakwa tipu cukai pada Selasa.

Silva, yang disebut Ronaldo sebagai penggantinya di Portugal, mempunyai pengalaman bermain dengan pemenang Ballon d'Or sebanyak empat kali itu.

"Ia satu impian, sudah bertahun-tahun membayangkan bermain dengan Cristiano, jadi saya gembira bermain dengannya," katanya.

"Saya cuba untuk mendengar apa yang dikata dan dia memberi penjelasan dengan cara terbaik. Saya rasa komunikasi kami yang baik kami telah membawa kepada keputusan yang baik."

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Andre Silva

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan