Kafa Buat Rombakan Untuk Liga M

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 6:17 PM

Alfredo Gonzales (kanan) jadi pengurus baharu pasukan The Red Warriors (TRW). Facebook/Liputan Liga Malaysia 2017

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melakukan rombakan dengan melantik Alfredo Gonzales sebagai pengurus baharu pasukan The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Gonzales menggantikan Datuk Rosmadi Ismail yang juga merupakan Naib Presiden Kafa.

Rosmadi berkata Gonzales yang sebelum ini merupakan Pengarah Teknikal Kafa akan berperanan merancang, menyedia dan mengadakan modul latihan.

"Beliau diberikan tanggungjawab penuh membantu ketua jurulatih dalam menyediakan satu pasukan mantap yang mampu bersaing dalam baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya penerapan teknik bola sepak Amerika Latin yang dibawa Gonzales menuntut perubahan dalam setiap aspek pentadbiran serta memerlukan komitmen seratus peratus setiap individu bagi menjayakan misi pasukan.

Dalam pada itu Rosmadi berkata beliau sendiri akan bertindak selaku ketua kontinjen pasukan dengan dibantu Penolong Pengurus yang juga Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang bertindak sebagai penolong ketua kontinjen.

Bagaimanapun katanya Zahasmi Ismail dikekalkan sebagai ketua jurulatih The Red Warriors.

Katanya, Kafa perlu membuat perubahan dan penambahbaikan dengan mengambil pendekatan lebih profesional sebagai langkah mengharungi baki perlawanan yang semakin mencabar.

"Langkah penyusunan semula barisan pegawai ini diharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama berpasukan selain memenuhi hasrat penyokong untuk melihat Kelantan meraih pencapaian cemerlang pada musim ini," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Kafa , Alfredo Gonzalez

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan