Pemain Kuching FA Digantung Tiga Hingga Enam Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 12:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga pemain Kuching FA digantung tiga hingga enam bulan  gara-gara bertindak ganas pada aksi Piala FAM bulan lalu.

Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan, sebanyak tujuh keputusan telah dibuat pada mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung pada Khamis.

Pemain tengah Kuching FA, Mohammad Shafitri Salim menerima hukuman gantung permainan selama enam bulan kerana tindakannya memijak pemain SAMB FC (Hafizuddin Mohamad Said).Hukuman berkuatkuasa pada 15 Jun sehingga 14 Disember 2017, serta didenda senbanyak RM10,000.

Dua lagi pemain Kuching FA, Remenor Pit dan Rafiezan Razali turut menerima padah digantung tiga bulan permainan, juga berkelakuan ganas apabila menyiku serta mencekik pemain lawan pada aksi yang sama bertemu SAMB FC. Kedua-kedua pemain tersebut juga dikenakan denda RM5,000 setiap seorang.

Manakala pemain SAMB, Amer Omar juga digantung tiga bulan permainan serta denda RM5,000 kerana sengaja mencekik pemain lawan.

Selain itu, pemain MISC-MIFA, Yoges Muniandy juga digantung dua perlawanan dan dengan RM3,000 berkaitan tindakan ganas yang sengaja memijak paha pemain PKNP, Mohd Irwan Syazmin Wahab.

Dalam pada itu pengurus Melaka, Rusham Abu dan pemainnya Muhammad Najmudin Samat digantung tiga perlawanan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan ketika pertemuan dengan Sarawak 4 Mei lalu.Selain digantung, mereka juga didenda RM3,000 setiap seorang.

Tags / Kata Kunci: Denda , FAM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan