Mourinho Beri Bayangan Pelan Buat Perisic

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho sudah mempunyai pelan khas buat bakal pemain sayap baharu Ivan Perisic sekiranya perjanjian sebanyak 44 juta pound sterling dimeterai.

Tiada bayaran dipersetujui setakat ini tetapi perbincangan awal telah dilakukan oleh kedua-dua kelab selepas Mail Online difahamkan bahawa Mourinho mahu Ivan Perisic menyertai United dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Jurulatih kelahiran Portugal itu membayangkan pemain sayap Inter Milan itu sebagai sebahagian daripada program pengukuhan pasukan yang menyaksikan United mahu menambah sekurang-kurangnya empat pemain bagi menghadapi musim baharu.

Malah Mourinho mahu bintang berusia 28 tahun tersebut menyertai perlawanan pra-musim ke Amerika Syarikat pada bulan depan.

Sumber rapat memaklumkan bahawa perpindahan tersebut mungkin direalisasikan dalam tempoh terdekat.

"Wujud kemungkinan perpindahan itu berlaku. Kita akan dapat mengetahuinya dalam tempoh beberapa minggu lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Ivan Perisic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan