Donnarumma Dituduh Pengkhianat

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 7:20 AM

Gianluigi Donnarumma

(Ubah saiz teks)

PEMAIN legenda AC Milan, Enrico Albertosi berkata Gianluigi Donnarumma telah mengkhianati kelab yang selama ini telah memberikan kepercayaan kepada dirinya.

Albertosi hairan mengapa Donnarumma sanggup menolak untuk bertahan di Milan.

Pada Khamis Ketua Pegawai Eksekutif Milan, Marco Fassone, mengumumkan berita mengejutkan bahawa Donnarumma tidak akan melanjutkan kontraknya.

Ini bermakna jodoh Milan dengan penjaga gawang berusia 18 tahun itu akan berakhir pada 30 Jun 2018.

Donnarumma mula diperkenalkan Milan bersama pasukan utama pada musim lalu ketika usianya 17 tahun. Dia kemudian menjadi penjaga gawang utama pada musim 2016/17.

Milan mendakwa pihaknya telah menawarkan kontrak yang sangat penting untuk Donnarumma, lebih besar berbanding apa yang diperkatakan di media.

Tawaran tersebut bagaimanapun masih belum memuaskan hati Donnarumma, seperti mana yang disampaikan Mino Raiola kepada Fassone.

"Pelik seorang pemain berusia 18 tahun menolak tawaran penting yang telah diberikan kelab besar seperti Milan," kata Albertosi mengulas keputusan Donnarumma.

"Di tempat lain mungkin dia tak akan menjadi pilihan pertama, sebab dia belum membuktikan bahawa dirinya adalah penjaga gol hebat. Dia bagus di Milan, tapi tetap membuat sejumlah kesalahan yang membuatkan prestasinya belum stabil."

"Dia mengkhianati Milan, meninggalkan kelab besar yang memberikannya kepercayaan bermain di Serie A pada usia 17 tahun. Saya rasa dia perlu menjelaskan niatnya kepada ejen kerana pemainlah yang akan membuat keputusan akhir."

"Setakat ini apa yang saya dapat katakan, jika Donnarumma sendiri yang ingin pergi ia adalah satu keputusan 100 peratus salah," kata bekas pemain yang bersama Milan dari 1974 hingga 1980 itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan