Darmian Kahwini Tunang Di Itali

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Manchester United, Matteo Darmian akhirnya mengikat ikrar cinta dengan tunangnya, Francesca Cormanni dalam majlis perkahwinan mewah di Itali.

Pasangan itu yang bercinta sejak remaja melafazkan ikrar cinta mereka di hadapan keluarga dan rakan-rakan di sebuah gereja di Rescaldina yang terletak tujuh minit dari kediaman Darmian di Legnano.

Pemain tengah Red Devils, Morgan Schneiderlin yang turut berkahwin baru-baru ini antara tetamu berprofil tinggi yang hadir pada majlis yang berlangsung di Milan pada Rabu.

Schneiderlin (kiri) bergambar bersama Darmian dan isterinya.

Bekas rakan pasukan Darmian di Torino, Alessio Cerci turut hadir bersama isterinya, Federica Riccardi.

Ia detik manis untuk Darmian yang mewakili Itali ketika menundukkan Uruguay pada aksi persahabatan, 7 Jun lalu sebelum menang besar 5-0 ke atas Liechtenstein 5-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia di Udine, Sabtu lalu.

Meskipun Darmian beraksi cemerlang di peringkat antarabangsa, masa depannya bersama United masih samar selepas mengharungi kempen hambar di Old Trafford.

Pemain kebangsaan Itali itu hanya melakukan 15 penampilan di bawah Jose Mourinho musim lalu dan dikaitkan akan kembali ke bekas kelabnya, AC Milan.

Darmian masih ada baki kontrak selama dua tahun di Old Trafford.

"Ia bukan masa untuk bercakap mengenai perpindahan pemain. Saya tidak tahu jawapannya.

"Saya masih ada kontrak bersama Manchester United, jadi kita tunggu dan lihat sahaja nanti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Matteo Darmian , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan