Real Madrid Perkenal Jersi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 8:22 AM

Gareth Bale

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid telah melancarkan jersi 'home' dan 'away' baharu  menjelang musim 2017/18.

Jersi home berwarna lebih putih berbanding musim lalu, berkolar V, bersama tiga jalur biru di bahu.

Bagi jersi away, ia kembali menggunakan warna hitam, warna yang dipakai pemain kelab ketika meraih kejayaan sebelum ini, termasuklah ketika memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2000.

Lencana berwarna biru turqoise dan emas menjadikan jersi ini lebih menarik.

Di bahagian bawah kedua-dua jersi, terdapat lambang memperingati ulang tahun ke-115 kelab.

Ini bermakna Real akan mengucapkan selamat tinggal kepada kit ungu yang dipakai pada kempen musim lepas ketika memenangi Liga Juara-Juara dengan kemenangan 4-1 ke atas Juventus di Cardiff.

Gareth Bale telah memperagakan model kit baharu ini bersama rakan sepasukan Karim Benzema, Toni Kroos, Marcelo, Isco dan Nacho.

Pengurus, Zinedine Zidane juga tampil dengan tracksuit baru.

Tidak sekadar baharu, rekaan ini juga merupakan yang terkini dalam prestasi teknologi Adidas.

Kain jenis Climacool akan memastikan pemain kekal selesa dan walaupun suhu meningkat. Ia lebih lembut, sesuai dipakai ketika latihan dan sebagai pakaian harian.

Tags / Kata Kunci: jersi , Real Madrid

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan