Lindelof, Selamat Datang Ke Man United

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 7:40 AM

Victor Lindelof

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akhirnya mengesahkan perpindahan bek tengah Benfica, Victor Lindelof ke kelab itu.

Memetik Daily Mail, Lindelof yang didatangkan pada harga £30.7 juta, telah melengkapkan perpindahannya pada Rabu, selepas melepasi ujian kesihatan.

Kedatangan Lindelof memang sudah dijangka sejak beberapa hari lalu dan dia menandatangani kontrak empat tahun bersama United.

Keberanian United menawar Lindelof pada harga tersebut telah disetujui oleh Benfica yang sememangnya mahu melepaskannya sekitar £30 juta.

Lindelof berkata dia sangat gembira dapat bergabung dengan United.

“Saya sangat gembira dapat bergabung dengan Manchester United. Saya menikmati setiap waktu di Benfica dan banyak yang saya telah belajar di sana,” kata bek berasal dari Sweden itu, memetik kenyataan di laman rasmi kelab.

“Tetapi, dari sana, saya berkeinginan untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford dan untuk Jose Mourinho. Saya tidak sabar memulakannya dan memberi sumbangan untuk membantu skuad ini meraih banyak trofi,” katanya.

Jose Mourinho juga dilihat gembira dengan kedatangan Lindelof.

“Victor adalah pemain muda berbakat yang memiliki masa depan cerah di United. Apa yang kami capai musim lalu menunjukkan bahawa kami perlu memperkukuhkan skuad dan Victor adalah orang pertama yang bergabung dengan kelab pada musim panas ini. Saya yakin skuad kami yang hebat akan menerimanya sebagai sebahagian daripada pasukan,” kata Mourinho.

Kedatangan Lindelof dijangka bakal menghangatkan persaingan posisi bek tengah United.

Dengan kemasukan Lindelof, United yang kini memiliki empat bek tengah iaitu Eric Bailly, Chris Smalling, Marcos Rojo dan Phil Jones dijangka bakal diberi peluang mengisi slot tersebut bersama Bailly.

Lindelof menjadi pemain kelima yang dibeli United di bawah Mourinho selepas Bailly, Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan dan Paul Pogba pada 2016.

Tags / Kata Kunci: Victor Lindelof , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan