Jawapan Eksklusif Lindelof Sertai United

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED akhirnya memeterai perpindahan pertama untuk musim depan selepas menandatangani pemain pertahanan Benfica, Victor Lindelof dengan harga 30.7 juta pound sterling (RM166.7 juta).

Pemain kelahiran Sweden berusia 22 tahun itu mempunyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara dan menyertai dari Benfica, kelab yang disertai selama lima tahun.

Ikuti wawancara eksklusif antara Lindelof dan MUTV selepas bergelar sebagai Red Devils.


Menyertai Manchester United

Perasaannya sangat hebat dan saya berasa gembira berada di kelab yang hebat. Sukar untuk menyembunyikan kegembiraan ini. Sudah pasti saya berasa seronok mengetahui bahawa ada jurulatih mahukan saya dan kini saya berada di sini.

"Sudah pasti, United merupakan satu daripada kelab besar di dunia dan mereka sentiasa mahu memenagi gelaran, dan itu juga cita-cita saya. Saya datang ke sini untuk memenangi gelaran. Itu adalah impian kelab dan pemain.

"Saya fikir pemain yang menyertai kelab ini, mengubah hidup mereka. Terdapat ramai penyokong United di Sweden."


Berhubung Mourinho

"Saya bercakap dengannya dan menikmati perbualan yang baik. Ia amat penting buat saya untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sudah pasti, dia merupakan jurulatih yang hebat dan bagi saya, ini merupakan peluang yang hebat bekerjasama dengannya.

Tinggalkan Benfica

"Saya sudah bersama Benfica selama lima tahun, jadi bagi saya, meninggalkan kelab itu amat sukar kerana saya gembira di sana dan berkembang menjadi pemain yang bagus. Seperti yang saya katanya, peluang sebegini amat mudah untuk dibuat keputusan."


Berhubung rakan senegara, Zlatan Ibrahimovic

"Saya tidak pernah bercakap dengannya tentang United. Saya berasa gembira jika dia ada bersama, dan dia pernah menceritakan sedikit tentang kelab ini ."

Pemain Jenis Apa?

"Saya pemain yang tenang. Suka mengawal bola dengan lebih lama dan pintar membaca perlawanan. Jika pemain bermain dengan tenang, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

"Posisi saya adalah pertahanan tengah tetapi saya pernah bermain bek kanan dan memulakan karier sebagai pemain tengah. Saya lebih selesa bermain di bek tengah."

Siapa Idola?

"Terlalu banyak bek tengah yang baik. Saya tidak dapat memilih. Saya hanya belajar daripada yang terbaik."

Persaingan Tempat Di Old Trafford

"Sudah pasti saya bersedia mendapat tempat. Ramai pemain hebat mahukan posisi itu dan saya berada di sini untuk melakukan yang terbaik."


Mesej Kepada Penyokong

"Saya mahu mereka tahu bahawa betapa gembira saya berada di sini, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab ini. Saya harap mereka gembira."

Tags / Kata Kunci: Victor Lindelof , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan