PFAM Harap Sumbangan Dapat Ringan Beban Alafi

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penderitaan Adra Medina yang menghidap penyakit jantung berlubang terus mendapat perhatian orang ramai.

Terbaru, anak kepada penyerang pasukan bola sepak Perlis, Mohd Alafi Mahmud itu menerima sumbangan berjumlah RM9,637 yang disampaikan oleh barisan kepimpinan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Presidennya, Hairuddin Omar berkata beliau bersyukur inisiatif ini mencapai matlamatnya.

"PFAM sentiasa mengambil berat kebajikan dan sumbangan daripada rakan-rakan pemain membuktikan solidariti antara pemain di Malaysia amat kuat dan hal ini terbukti dengan penyerahan sumbangan kepada Alafi hari ini.

"Semoga sumbangan ikhas ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanannya," kata Hairuddin yang melawat Adra Medina di kediaman mertua Mohd Alafi di Sungai Buloh, Rabu.

Hadir sama timbalan presiden, Rezal Zambery Yahya, bendahari, Amiridzuan Taj, Exco Rudie Ramli dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail.

Hairuddin berkata sumbangan ini adalah rentetan inisiatif PFAM yang mengadakan kutipan dana 'Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina' yang dimulakan pada 2 Jun lalu.

Selain mendapat perhatian meluas daripada orang ramai, media massa juga turut membuat liputan mengenai perkembangan Adra Medina.

"Tidak ketinggalan, ahli-ahli PFAM yang lain turut memberikan sumbangan," katanya.

Dalam kunjungan tersebut, sedikit ole-ole untuk persiapan Aidilfiri turut disampaikan.

Pada 4 Jun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan kesediaan untuk menampung keseluruhan kos pembedahan pertama Adra Medina yang telah dijalankan pada 10 Jun lalu.

Alafi yang berterima kasih dengan bantuan tersebut dalam masa yang sama bersyukur kerana pembedahan pertama itu telah memberikan kesan positif kepada anaknya.

"Keadaan Adra semakin stabil dan buat masa ini Adra memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan pemulihan yang maksimum sebelum pembedahan susulan apabila berat Adra mencecah 10 kilogram nanti.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PFAM atas inisiatif ini, tidak lupa juga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudi menampung kos pembedahan pertama, ahli PFAM dan orang ramai yang memberikan sumbangan dan menularkan mengenai perkara ini," kata Alafi.

Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi CIMB Bank Adra Medina Mohd Alafi - 7622031000.

Tags / Kata Kunci: PFAM , Adra Medina

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan