Neymar Pemain Paling Mahal?

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 7:31 AM

Neymar. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona, Neymar masih kekurangan jumlah jaringan berbanding rakan sepasukan, Luis Suarez dan Lionel Messi, tetapi beliau dinilai sebagai pemain paling mahal di dunia.

Dalam satu kajian baharu yang dijalankan CIES Football Observatory, pemain berusia 25 tahun itu tampil sebagai pemain bola sepak paling bernilai.

Penilaian tersebut menunjukkan pemain kelahiran Brazil itu mendahului Messi dan dua bintang Tottenham, Harry Kane dan Dele berdasarkan beberapa kriteria utama tertentu.

Neymar bernilai £185 juta (RM999 juta) berdasarkan prestasi, kelab majikan, status antarabangsa, kontrak, umur, posisi dan tahap pasaran. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan