Griezmann Kekal Di Atletico Madrid

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

ANTOINE Griezmann dilaporkan telah menyambung kontraknya bersama Atletico Madrid sekaligus menamatkan spekulasi perpindahan ke Manchester United.

Griezmann sekali lagi menjadi perhatian di kelabnya itu apabila berjaya merekodkan 26 gol dalam semua perlawanan musim ini.

Sebelum ini dikhabarkan United cuba memancing pemain antarabangsa Perancis itu, namun ianya sudah terjawab apabila Griezmann kekal bersama Atletico untuk tempoh lima tahun lagi.

Tambahan pula, perpindahan pemain tidak mungkin berlaku buat masa ini memandangkan Atletico Madrid digantung daripada berbuat demikian.

Dengan kontrak baharu ini menyaksikan Griezmann bakal menerima gaji sebanyak 235,000 pound (RM 1,269,181) seminggu, dan yang tertinggi di kelabnya.

Griezmann kini berada sebaris dengan pemain-pemain lain dalam La Liga yang menerima gaji tinggi seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Tags / Kata Kunci: Antoine Griezmann

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan