Felda United Tambah 'Sengat' Baharu - Bola Sepak | mStar

Felda United Tambah 'Sengat' Baharu

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 3:58 PM

Dari kiri) Ifedayo, Djulbic dan Thiago Augusto, tonggak yang diharap dapat membawa Fighters dalam kelompok empat terbaik liga. Foto: FB Felda United

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Felda United menambah sengat pada jentera serangan mereka selepas mendapat khidmat penyerang Nigeria, Ifedayo Omosuyi.

Bekas penyerang Al Hidd yang berpangkalan di Bahrain itu diikat enam bulan oleh The Fighters untuk mengisi slot ditinggalkan Lucas Cano.

Cano antara tiga import Felda United yang digugurkan selepas mempamerkan aksi yo-yo di pusingan pertama Liga Super.

Pengendali pasukan, B Sathianathan berkata, kehadiran penyerang berusia 26 tahun itu dijangka dapat memperkemas jentera serangan Felda United selepas mereka mengikat semula Thiago Augusto Fernandes.

"Ifedayo akan digandingkan dengan Thiago sebagai tonggak depan. Jadi saya memang mengharapkan mereka dapat memberikan aksi lebih baik daripada penyerang import sebelum ini.

"Saya melihat mereka mempunyai kualiti yang kita mahukan, tetapi masih terlalu awal untuk memperkatakannya.

"Kita tak boleh mengharapkan keputusan positif hadir dengan cepat untuk kedua-dua pemain ini.

"Apa pun, saya harap mereka mampu menyerlah bersama Felda United," katanya.

Selain itu, Fighters turut menandatangani seorang lagi pemain import, Dino Djulbic yang akan beraksi di posisi pertahanan.

Dengan tiga kemasukan pemain import baharu, Sathianathan menyuarakan misi besarnya untuk membawa pasukan menembusi kelompok empat pasukan terbaik Liga Super musim ini.

"Sasaran ini ditetapkan oleh saya sendiri dan bukannya pihak pengurusan. Bagi saya, tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran ini kerana perjalanan liga masih lagi panjang," ujarnya lagi. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Felda United
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan