Sanchez Tidak Dijual Di EPL

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 8:49 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL memberitahu Alexis Sanchez bahawa dia tidak akan dijual kepad mana-mana kelab di Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Gunners cuba untuk mengekalkan bintang Chile itu dengan menawarkan kontrak baharu, namun akan menjualnya sekira Sanchez enggan menerima tawaran tersebut.

Sebelum ini, wakil Sanchez mendedahkan pemain itu akan berpindah ke Manchester City atau Chelsea dalam tempoh terdekat ini.

Dilaporkan City dan Chelsea bersedia untuk membayar 45 juta pound (RM243 juta) bagi mendapatkan  Sanchez, namun ia tetap tidak menarik minat Arsenal.

Sanchez dianggap 'ayam tambatan' buat skuad Arsene Wenger itu apabila berjaya meledak 24 gol keseluruhan musim ini.

Bagi Wenger, dia tidak akan menjual Sanchez kepada pencabar-pencabarnya dalam liga yang sama.

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan