Buktikan Kritikan Itu Salah - Vingada

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 3:49 PM

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Nelo Vingada (kanan) berbincang sesuatu dengan Penolong Jurulatih Tan Cheng Ho ketika sesi latihan Skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2019 di Padang Seri Gelam, Johor Bahru pada 29 Mei 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Eduardo Vingada tidak akan mencari alasan walau apapun yang berlaku dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B menentang Lebanon di Stadium Larkin pada Selasa.

Dengan hanya tempoh dua minggu menggalas tugas tersebut, Vingada juga terpaksa menelan hakikat untuk membuat persiapan tanpa lima pemain utama iaitu, Matthew Davies, Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunalan, Muhammad Fazly Mazlan, dan  Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Sejauh mana kebimbangan Vingada, tugas mesti tetap diteruskan.

"Saya seoarang yang pragmatik. Kita masih perlu bermaih walaupun beberapa pemain utama cedera. Jika boleh saya mahu semua pemain ada, tetapi ia tidak berlaku.

"Saya perlu memastikan skuad ini bersedia dengan kesebelasan terbaik dan setiap pemain perlu bersedia untuk menggantikan mereka yang cedera," katanya.

Selain itu, Vingada juga mencabar pemainnya untuk membuktikan kepada pengkritik bahawa tanggapan mereka adalah salah.

Ini kerana ramai menjangkakan Malaysia akna tewas menentang Lebanon yang kini menduduki ranking ke 135 dunia berbanding Harimau Malaya (155).

Namun bagi jurulatih berusia 64 tahun itu, beliau mahu pemainnya suapya tidak mebuat kesimpulan awal berdasarkan ranking atau apa kata pengkritik, sebaliknya mencontohi semangat Andorra ketika menang 1-0 ke atas Hungary pada perlawanan kelayakan Piala Dunia, Jumaat lalu.

"Kita semakin hampir untuk menghadapi perlawanan dan saya percaya kami melakukan tugas dengan baik. Pemain kelihatan bersemangat untuk aksi (Selasa). Kami bersedia membawa Malaysia ke tahap baharu.

"Ini tugas sukar tetapi kami perlu meningkatkan usaha. Perkara penting dalam bola sepak adalah keputusan, tetapi kami juga akan bermain dengan permainan yang menarik.

"Kita mungkin menduduki ranking rendah berbanding Lebanon tetapi kedudukan itu tidak jauh. Jadi tidak bermakna mereka akan menang.

Vingada yang mengetuai Arab Saudi ke Piala Asia pada 1996, percaya Harimau Malaya akan lebih baik dari segi fizikal dan metal untuk perlawanan kedua Kumpulan B menentang Hong Kong pada 5 September depan.

Tags / Kata Kunci: Eduardo Vingada , Harimau Malaya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan