Persiapan Piala Dunia Qatar 2022 Terjejas

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KRISIS diplomatik yang melanda Qatar dijangka menjejaskan program pembangunan bernilai 160 bilion pound sterling untuk Doha bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu, merancang untuk membina lapan stadium Paila Dunia dan infrastruktur utama termasuk sistem rangkaian kereta api baharu pada tahun ini dan tahun berikutnya.

Qatar perlu menyediakan 60,000 bilik hotel bagi menetapi syarat Fifa untuk menganjurkan kejohanan dunia.

Namun kejatuhan harga minyak menjejaskan ekonomi Qatar selain mengganggu persiapan Piala Dunia yang bakal berlangsung lima tahun lagi.

Malah ketegangan diplomatik dengan negara-negara Arab, memburukkan lagi keadaan apabila kawasan sempadan yang ketat dan larangan perjalanan dikuatkuatkan ke atas Qatar.

Kemelut itu menjejaskan usaha Doha mengerahkan tenaga ribuan pekerja asing yang terlibat dalam pembinaan projek besar di ibu negara Qatar.

Negara itu menganggarkan keperluan 36,000 pekerja asing untuk membina projek stadium pada tahun ini dan tahun depan.

Persediaan Qatar untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 sebelum ini terpalit kontroversi termasuk kritikan kumpulan hak asasi manusia berhubung layanan buruk terhadap pekerja asing.

Selain itu ada aduan daripada negara Arab lain bahawa Qatar tidak sesuai dijadikan lokasi Piala Dunia kerana suhu yang terlalu tinggi sehingga mencecah 50 darjah Celsius.

Piala Dunia Qatar dijadualkan berlangsung pada November dan Disember 2022, dengan perlawanan akhir diadakan pada 18 Disember di Stadium Lusail yang boleh memenuhi penyokong serami 86,000. - The Telegraph

Tags / Kata Kunci: Qatar , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan