Selepas Junior, Kini Eva & Mateo Ronaldo

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo kini bergelar bapa kepada sepasang bayi kembar menerusi ibu tumpang, lapor media negara kelahirannya, Portugal.

Laporan itu menyebut, bayi perempuan dan lelaki yang masing-masing diberi mana Eva dan Mateo itu lahir pada Khamis lalu.

Dilaporkan, ibu tumpang berkenaan adalah wanita yang menetap di kawasan pesisir pantai barat Amerika Syarikat.

Kapten pasukan Portugal pada Euro 2016 itu mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Junior pada Jun 2010, juga menerusi kaedah ibu tumpang walaupun pemain terbaik dunia itu tidak pernah mengesahkannya.

Pada Mac, tabloid Britain, The Sun menyiarkan pemenang Ballon d'Or itu bakal mendapat anak kembar.

Ketika ini, penyerang berusia 32 tahun itu sedang berpacaran dengan model Sepanyol, Georgina Rodriguez.

Laporan mengenai kelahiran bayi kembar Ronaldo ini menyusul selepas pelakon George Clooney dan isterinya, Amal juga mendapat bayi kembar, Ella dan Alexander.

Tags / Kata Kunci: Eva , Mateo , Ronaldo

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan