Lindelof Tiba, Pemain Ini Bakal Tinggalkan Old Trafford

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

VICTOR Lindelof akan menyertai Manchester United secara rasmi selepas ujian perubatan selesai pada minggu ini.

Bagaimanapun kehadiran pertahanan itu akan menyebabkan seorang pemain terpaksa meninggalkan Old Trafford.

Pemain Sweden berusia 22 tahun itu bakal menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab berkenaan.

Starsports melaporkan, Jose Mourinho mahukan Lindelof bergandingan dengan Eric Bailly manakala Phil Jones menjadi gantian yang bersedia untuk setiap masa.

Berikutan itu Chris Smalling dijangka perlu meinggalkan Old Trafford kerana khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Pemain pertahanan tengah itu menyertai United pada 2010 dari Fulham dan telah membuat 250 penampilan bersama United.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Fulham , Benefica

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan