Kelayakan Piala Dunia: Seri 2-2, England Ketuai Kump F - Bola Sepak | mStar

Kelayakan Piala Dunia: Seri 2-2, England Ketuai Kump F

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 7:42 AM

Kane menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir bertemu Scotland.

(Ubah saiz teks)

HARRY Kane menyelamatkan maruah England pada minit-minit terakhir perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 bagi Kumpulan F bertemu Scotland, awal pagi Ahad.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan gol pada babak pertama permainan.

Bagaimana pada separuh masa kedua, Oxlade-Chamberlain berjaya membuka jaringan sulung pada minit ke-70, namun kegembiraan itu hanya sementara sahaja.

Pemain tuan rumah, Leigh Griffiths membalas jaringan pada minit ke-87 dan 90'.

Griffiths menyumbat dua gol untuk Scotland.

Namun  perlawanan masih belum berakhir. Skuad The Three Lions bangkit mencari peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Skuad Gareth Southgate itu akhirnya menambah jaringan apabila Kane menjaringkan gol sekaligus memastikan pasukannya tidak pulang dengan tangan kosong.

Keputusan seri itu tidak memberi sebarang perkembangan terbaik kepada Scotland yang kini berada di kedudukan keempat Kumpulan F dengan lapan mata.

Manakala England kekal mendahului kumpulan dengan 14 mata, diikuti Slovakia (12) dan Slovenia, 12 mata.

Tags / Kata Kunci: England , kelayakan piala Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan