Skandal Doping: Dr Alves 'Bina' Otot Paha Carlos

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain legenda Real Madrid, Roberto Carlos dikaitkan dengan kontroversi doping.

Sebuah dokumentari Jerman mendakwa Carlos salah seorang daripada dua pemain Brazil yang terbabit dalam skandal penggunan bahan terlarang bagi meningkatkan prestasi pada aksi Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Pada edisi itu, Brazil menjulang trofi Piala Dunia.

Siasatan mendapatkan bukti skandal tersebut memakan masa yang agak panjang, dan 'penyamaran' mencari bukti ini diketuai wartawan terkemuka Hajo Seppelt.

Seppelt telah menemui bahan-bahan terlarang termasuk steroid, dan EPO daripada seorang doktor bernama Julio Cesar Alves.

Doktor tersebut didakwa menyediakan bahan-bahan terlarang kepada bintang-bintang sukan Brazil dalam pelbagai jenis acara lebih sedekad yang lalu.

Sementara itu,pelari Brazil,  Eliane Pereira memberitahu Seppelt bahawa Alves telah membekalkan dadah aktif kepadanya sejak berumur 17 tahun.

Ketua Organisasi Anti-Doping, Marco Aurelio memberitahu Seppelt bahawa pihak polis telah merakam kenyataan ahli-ahli sukan berkaitan yang ditemui Dr Alves dan telah diserahkan kepada pendakwa pada 2015.

Diantara kertas kerja yang dikumpulkan sebagai kes yang berpotensi untuk menentang Dr Alves, adalah pengakuan dari Roberto Carlos, yang telah memenangi Liga Juara-Juara tiga kali bersama Real Madrid, telah dikunjungi Dr Alves pada Julai 2002, ketika aksi  Piala Dunia berlangsung.

Ketika sesi penyamaran wartawan dilakukan, Dr Alves telah memberitahu mereka: "Saya merawat Roberto Carlos. Seorang pemain kebangsaan. Dia datang kepada saya ketika usia 15 tahun.

"Dia seorang yang kurus. Saya 'membina' otot pahanya. Sayalah yang menjadikan paha Roberto Carlos seperti hari ini.'

Tags / Kata Kunci: Roberto Carlos , Doping

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan