Farizal Digantung Setahun - AFC

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 3:35 PM

Penjaga Gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias melihat sudut jaringan selepas pemain Thailand, Teerasil Dangda menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias (gambar) digantung selama 12 bulan dan denda sebanyak AS$40,000 (RM170,626) oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Penggantungan itu melibatkan semua perlawanan bola sepak yang dianjurkan di seluruh Asia meliputi dalam dan luar negara, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau rasmi.

Kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan oleh AFC pada Jumaat selepas mengadakan menyuarat tergempar pada petang Khamis.

"Mesyuarat tergempar diadakan pada petang Khamis bagi membincangkan perkara-perkara yang berlaku dalam pertandingan kelab AFC pada 31 Mei 2017.

"Pihak jawatankuasa menekankan bahawa integriti fizikal pegawai perlawanan mesti dihormati dan dilindungi pada setiap masa," menurut kenyataan itu.

Pada kejadian tersebut, Farizal diusir oleh pengadil ekoran tindakannya menolak dada pengadil berkenaan yang jelas merupakan satu tindakan salah laku.

Selepas diusir, penjaga gol JDT itu turut membuat perkara yang sama terhadap pembantu kedua pengadil, menggunakan bahunya untuk menolak pembantu utama pengadil dan menggunakan tangan untuk menolak pegawai keempat ketika keluar dari padang.

Semua perbuatan itu menjadikan situasi perlawanan tegang.

Sementara itu, jurulatih JDT, Mora Mendivil turut dikenakan denda sebanyak AS$7,000 (RM29,843) kerana mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap kakitangan dan pegawai AFC selepas tamat perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Farizal Marlias , JDT , Mora Mendivil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan