Selangor Dapatkan Khidmat Pemain Dari Sepanyol

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan telah mengikat kontrak dengan pemain kelahiran Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo (gambar) bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2017.

Kehadiran pemain berkenaan akan menggantikan pemain import dari Brazil, Juliano Mineiro yang mempunyai masalah kecergasan.

Rufino, 32, yang menjadi pilihan ketua jurulatih, P Maniam bakal menyertai Ugo Ukah, Adik Vermanshah dan Francis Forkey Doe untuk melengkapkan kuota pemain import skuad Merah Kuning musim ini.

Kontrak berjaya dimeterai di hadapan Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim selepas urusan berkaitan pemeriksaan kesihatan dan dokumen pendaftaran pemain kelahiran Madrid itu dimuktamadkan.

Memetik laporan laman web rasmi FAS, Rufino pernah beraksi bersama Rayo Vallecano dan Atletico Madrid di divisyen utama Sepanyol sebelum mengembangkan sayap ke beberapa kelab di Eropah.

Kelab terakhir yang disertai oleh pemain yang memiliki ketinggian 1.76 meter itu ialah Kitchee dari Hong Kong dan Rufino beraksi selama dua musim dengan kelab itu sejak Januari 2016.

Tags / Kata Kunci: Rufino Segovia del Burgo , FAS

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan