Bayern Jadikan Sanchez Gaji Paling Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB gergasi Jerman, Bayern Munich menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez pada jendela perpindahan kali ini.

Ini kerana Bayern dilapor sanggup menjadikan pemain kelahiran Chile itu sebagai pemain paling mahal menerima gaji di Allianz Arena dengan tawaran sebanyak 350,000 pound sterling seminggu.

Tawaran lumayan itu sekali gus menghampakan Manchester City yang berhasrat mendapatkan khidmat Sanchez dan memadamkan harapan Arsenal mengekalkan perancang utama mereka itu.

Buat masa ini, penyerang kelahiran Poland, Robert Lewandowski merupakan pemain paling mahal menerima gaji di Bayern dengan bayaran sebanyak 300,000 pound sterling seminggu.

Bagi memastikan Sanchez dibawa ke Jerman, Bayern sedia membayar sebanyak 40 juta pound sterling kepada Arsenal memandangkan penyerang Chile itu memiliki kontrak berbaki setahun di Emirates.

Ejen Sanchez, Fernando Felicevich sudah mengadakan perbincangan dengan Bayern dan mereka yakin perjanjian antara kedua-dua pihak akan dicapai. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan