Arab Saudi Minta Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

PERSEKUTUAN Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) memohon maaf tanpa syarat kerana tidak bertafakur selama seminit untuk mangsa serangan pengganas di London sebelum perlawanan menentang Australia.

Australia menewaskan Arab Saudi 3-2 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia di Adelaide pada Khamis, tetapi insiden sebelum perlawanan bermula yang menjadi berita utama.

Walaupun pemain Australia meluangkan masa selama seminit di tengah padang untuk menghormati lapan mangsa serangan di London Bridge dan Borough Market Sabtu lalu, pasukan Arab Saudi tidak turut serta.

Dua daripada lapan mangsa serangan adalah rakyat Australia.

Sebaliknya, mereka mengambil kedudukan masing-masing di padang dengan beberapa pemain berdiri ketika tafakur dilakukan, manakala pemain lain terus memanaskan badan.

Kegagalan mereka untuk mengambil bahagian mengundang kritikan meluas dan Persekutuan Bola Sepak Australia mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa mereka telah dimaklumkan oleh pegawai pasukan lawan bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian secara aktif kerana tradisi itu 'tidak sesuai dengan budaya Arab'.

Tetapi SAFF kini telah memohon maaf, menegaskan pihaknya tidak bermaksud menyatakan tindakan itu sebagai satu kesalahan atau bukan menunjukkan bahawa mereka tidak menghormatinya.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , tafakur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan