Irfan Pilih 'Mat Brazil' Perkuat Sang Penyu

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 8:54 AM

Irfan (dua kanan) bersama tiga muka baharu skuad Sang Penyu. Foto kredit: Facebook Terengganu FA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya beberapa hari sahaja lagi jendela kedua perpindahan pemain bakal melabuhkan tirai dan pasukan Liga Malaysia mengambil kesempatan untuk memperkemaskan skuad masing-masing menjelang aksi pusingan kedua.

Peluang itu juga tidak dilepaskan oleh pasukan Terengganu yang pastinya mahu meneruskan aksi yang lebih mantap pada saingan pertengahan musim Liga Perdana serta Piala Malaysia, Julai ini.

Menurut status terkini skuad di laman Facebook rasmi Terenggau FA, ketua jurulatih Irfan Bakti mengumumkan tiga muka baharu dalamnya untuk memantapkan lagi cabaran mereka sepanjang baki perlawanan musim ini.

Antara pemain yang berjaya menarik minat pengendali berusia 66 tahun itu adalah pemain kelahiran Brazil Gabriel Davis Dos Santos yang pernah beraksi bersama Clube Esportivo Lajeadense dalam Liga Rio Grande Do Sul.

Seorang lagi pemain baharu merupakan bekas pemain sayap Felda United dan Harimau Muda Mohamad Ridzuan Abdunloh,23, serta Mohamad Faizal Mohamad Yusoff yang bermain di posisi penjaga gol dari Liga FAM, Sungai Ara.

Dalam pada itu, bulan Ramadan bukan menjadi alasan buat Sang Penyu untuk terus menjalani latihan bagi memastikan prestasi berada di landasan yang terbaik.

Ini kerana Irfan menyenaraikan Felda United dan Pahang sebagai lawan untuk dua perlawanan persahabatan pada bulan Ramadan kali ini.

Perlawanan menentang Felda United dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka sementara perlawanan menentang Pahang pula dijadualkan pada 17 Jun di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Terengganu kini menduduki tangga kedua Liga Perdana selepas 13 perlawanan dan berada pada kedudukan terbaik untuk menaiki Liga Super pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Terengganu FA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan