Harimau Kumbang Ikat Hartmann

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas penyerang pasukan Sarawak, Mark Andrew Hartmann diumumkan sebagai pemain import baharu skuad Pulau Pinang bagi mengisi kekosongan tempat dua pemain import yang telah ditamatkan kontrak Mei lepas.

Hartmann, 25, yang dilahirkan di Southampton, United Kingdom, sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan Filipina di peringkat antarabangsa.

Dia diperkenalkan kepada media oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pada sesi latihan di Stadium Bandaraya, di sini Rabu malam.

Ketua jurulatih Pulau Pinang Zainal Abidin Hassan berkata selain Hartmann, pihaknya mengenal pasti dua lagi pemain bagi mengisi kekosongan pemain import pasukan itu.

"Kami hampir tamat mengisi kekosongan pemain-pemain import. Yang pertama yang telah menandatangani dengan pasukan Pulau Pinang adalah Mark Hartmann bekas pemain Filipina dan bekas pemain Sarawak dan telah diserapkan dalam pasukan.

"Seorang lagi mengisi tempat Reinaldo Lobo yang dalam kecederaan yang agak panjang, tiga ke lima bulan. Jadi kami terpaksa mengisikan satu slot di situ dan telah dikenal pasti dua pemain dan akan ditentukan pada esok hari (Khamis)," katanya kepada pemberita.

Dua pemain import Pulau Pinang, Diogo Ferreira dan Andrew Russell disingkirkan kerana gagal menampilkan aksi yang diharapkan selain memberi ruang kepada jurulatih mencari penyerang import bagi mengukuhkan cabaran dalam baki saingan Liga Super.

Zainal Abidin berharap dengan kemasukan dua lagi pemain import ini dapat memberi lebih tenaga kepada Harimau Kumbang yang sebelum ini hanya beraksi dengan seorang pemain import sekali gus membaiki kedudukan pasukan itu yang kini berada di tangga terbawah.

Katanya, dia positif pasukan Pulau Pinang dapat memungut mata dalam baki sembilan perlawanan lagi seterusnya mengejar kedudukan di Liga Super.

"Ada sembilan lagi perlawanan dan kami tidak boleh cuai menghilangkan mata. Saya harap kemenangan pasukan Pulau Pinang mesti melebihi lima atau enam perlawanan. Dengan adanya dua pemain ini diharapkan kemenangan yang begitu baik untuk Pulau Pinang dan mereka dapat tonjolkan prestasi yang baik," katanya.

Sementara itu, Presiden FAP Zairil Khir Johari berkata buat masa ini dia berpuas hati dengan prestasi Zainal Abidin selepas melihat peningkatan Pulau Pinang.

"Saya nampak ada peningkatan, bukan sekadar pemain import baharu malah pemain tempatan juga turut mempamerkan prestasi yang baik. Kami juga bagi saingan yang bagus pada pasukan lawan. Apa-apa pun setiap perlawanan kami kena dapat mata, tidak boleh menurun lagi," katanya.

Skuad Harimau Kumbang beraksi dalam 12 perlawanan dengan menang hanya sekali dan dua kali seri sekali gus berada di tangga tercorot Liga Super.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FAP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan