Mourinho Tambah Nilai Bidaan Kerana Marah

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menaikan jumlah bidaan dalam perebutan bagi mendapatkan penyerang yang turut dibida Chelsea dan Arsenal sebelum ini.

Daily Mail mendedahkan, Manchester United telah membuat bidaan baharu bernilai £60 juta untuk mendapatkan Alvaro Morata.

Bidaan United berjumlah £52 juta sebelum ini ditolak Real Madrid selepas pemain berkenaan turut menjadi rebutan Chelsea dan Arsenal.

Mourinho dikatakan terdesak untuk mendapatkan Morata yang berjaya menjaringkan 22 gol sepanjang musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu bakal mengisi posisi penyerang yang masih menjadi teka-teki di Old Trafford.

Dalam bidaan terbaru itu, Mourinho juga enggan memberi tambahan atau bonus kepada Real jika persetujuan dicapai.

Kelab gergasi Sepanyol itu didakwa menuntut United menyerahkan David De Gea dan tambahan £78 juta jika mahukan Morata.



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan