Isu Van Dijk: Liverpool Minta Maaf Kepada Southampton

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL telah membuat permohonan maaf kepada Southampton selepas didakwa cuba mendapatkan Virgil van Dijk tidak mengikut prosedur.

Pemain berusia 25  tahun itu memberitahu, dia berminat ke Anfield dan sepatutnya akan meninggalkan St Mary musim ini.

Dilaporkan Southampton telah menghubungi Liga Perdana pada Selasa berhubung tindakan Liverpool yang telah melanggar peraturan dalam mendapatkan pemain kelahiran Denmark itu.

Berikutan isu tersebut, Liverpool tampil membuat kenyataan dan menjernihkan keadaan kedua-dua kelab.

"Kelab Liverpool ingin merakamkan penyesalan terhadap spekulasi media mengenai Kelab Southampton dan perpindahan pemain.

"Kami memohon maaf kepada pemilik, lembaga pengarah dan penyokong-penyokong Southampton terhadap salah faham mengenai Virgil van Dijk.

"Kami menghormati pendirian Southampton dan mengesahkan bahawa perancangan untuk mendapatkan pemain itu sudah berakhir.

"Sementara itu, Southampton mendedahkan Van Dijk tidak akan dijual dalam sebarang harga, biarpun telah tersebar nilai pemain tersebut sebanyak 60 juta pound (RM331.32 juta).

Tags / Kata Kunci: Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan