Agen Dedahkan Kaitan Paolo Dybala Dengan Man United

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

AGEN bintang Juventus, Paolo Dybala akhirnya mengeluarkan kenyataan mengenai masa depan pemain tersebut selepas dikaitkan akan berhijrah ke Manchester United musim depan.

Pemain kebangsaan Argentina berusia 23 tahun itu, dilaporkan menjadi pilihan Jose Mourinho untuk mengisi barisan serangan United.

Berikutan itu, kelab gergasi England berkenaan telah memulakan usaha dengan pemindahan bernilai £85 juta sebagai pilihan menggantikan Antoine Griezman.

Khabar angin itu diperkuatkan lagi dengan laporan di Sepanyol bahawa Dybala merupakan pemain tepat untuk menggantikan Wayne Rooney.

Namun semuanya seakan lenyap apabila agen Dybala membertahu bahawa pemain berkenaan gembira di Turin.

Malah dia telah menolak tawaran United kerana baru sahaja melanjutkan kontrak bersama Juventus.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Paolo Dybala , Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan