Semua Pemain 'Okay' - Dollah

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Cukuplah dengan pemain-pemain yang ada sekarang," demikan kata-kata Dollah Salleh.

Ketua jurulatih Pahang itu memberitahu, buat masa sekarang belum lagi terlintas buatnya untuk membeli pemain baharu walaupun sedar tarikh akhir pintu perpindahan kedua pemain akan berakhir pada 12 Jun ini.

"Tak kisahlah  musim kedua perpindahan pemain sudah nak tutup memandangkan bagi saya setakat ini Pahang 'okay'.

"Pemain import pun semuanya okay. Kita sudah ada pemain baharu Yamil Romero (Argentina) bulan lalu.

"Saya tidak mahu terikut-ikut dengan pasukan lain yang masih mencari pemain-pemain gantian baharu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Bekas jurulatih kebangsaan berusia 53 tahun itu memberitahu, sepanjang bulan Ramadan ini latihan skuad Tok Gajah tetap diteruskan.

"Bukanlah sesuatu yang pelik berlatih dalam bulan puasa. Walaupun tanpa beberapa pemain utama yang kini bersama skuad kebangsaan, kami tetap meneruskan latihan.

"Saya tidak perlu risau kerana mereka (enam pemain) juga sedang berlatih.  Bezanya mereka tidak berlatih bersama kami," ujar Dollah.

Enam pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan ialah Mohd Afif Amiruddin, Wan Zaharulnizam Zakaria, Nor Azam Azih dan Mohd Faisal Rosli, Matthew Davies dan Ahmad Syamim Yahya.

Manakala empat pemain import termasuk Romero ialah pemain dari Korea Selatan Heo Jae-won, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Matheus Alves (Brazil).



Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan