4 Tuntutan Marco Verratti Sebelum Ke Barca

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 8:07 AM

Marco Verratti

(Ubah saiz teks)

BINTANG Paris Saint-Germain Marco Verratti mahu Barcelona memberi jaminan tertentu sebelum dia membuat keputusan untuk bersama kelab itu, menurut laporan.

Selepas terlepas gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara kepada pesaing Real Madrid, Barcelona kelihatan bersedia untuk membaik pulih skuad mereka musim panas ini.

Ernesto Valverde telah diambil menggantikan Luis Enrique di kerusi panas pengurusan dan kini lelaki itu perlu mengemudi mereka untuk ke puncak bola sepak Sepanyol dan Eropah sekali lagi.

Barcelona telah dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Philippe Coutinho (Liverpool) dan Hector Bellerin (Arsenal).

Dan kelab gergasi Catalan itu juga telah disebut-sebut mahu menandatangani Verratti, walaupun Real juga dikatakan berminat.

Walau bagaimanapun, media Sepanyol Diario Gol menyatakan bahawa Verratti telah memberitahu Barcelona bahawa dia akan menandatangani perjanjian dengan kelab itu hanya jika tuntutan tertentu dipenuhi.

Pemain antarabangsa Itali itu mahu tahu jika dia akan menjadi sebahagian daripada pemain tengah yang turut terdiri daripada Andres Iniesta dan Sergio Busquets.

Dia mahukan jaminan sebelum bermula, dan bukannya berada di belakang pemain seperti Ivan Rakitic dan Angel Gomes dalam turutan pemain.

Verratti juga mahu jaminan bahawa Barcelona akan bersaing dengan Real untuk meraih gelaran dan takhta.

Selepas PSG berada di tempat kedua di bawah Monaco di Ligue 1, pemain tengah itu mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang menang dan tidak berpuas hati di tempat kedua.

Laporan itu menambah bahawa dia mahukan gaji tinggi, memandangkan Barcelona baru sahaja berunding tentang satu perjanjian baru dengan Rakitic.

Sekiranya tuntutan-tuntutan ini gagal dipenuhi, maka Verratti dilaporkan tidak bermasalah untuk berunding dengan Real Madrid.

Tags / Kata Kunci: Marco Verratti , Barca

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan