United, Tawaran £52.4 Juta Untuk Morata Tak Cukup! - Bola Sepak | mStar

United, Tawaran £52.4 Juta Untuk Morata Tak Cukup!

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 7:10 AM

Alvaro Morata. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid dilaporkan telah menolak tawaran £52.4 juta (€ 60 juta) daripada Manchester United untuk mendapatkan penyerang Alvaro Morata.

Penjaga gol United, David de Gea juga tidak termasuk dalam tawaran itu, manakala Real dianggap mahukan sekitar £78 juta untuk menyerahkan penyerang tersebut.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Real musim lalu, di mana kelab itu juga memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.

Jika United gagal bersetuju dengan perjanjian untuk Morata, difahamkan mereka akan cuba mendapatkan Andrea Belotti dari Torino, yang mempunyai klausa pelepasan fasal £87.3 juta dalam kontraknya.

Dilahirkan di Madrid, Morata berkembang melalui akademi Real Madrid untuk muncul bersama pasukan pertama kali pada Disember 2010, sebelum ke Juventus pada musim panas tahun 2014 pada nilai £17.5 juta.

Dalam dua musim bersama Juventus, Morata memenangi dua gelaran Serie A, dua kejuaraan Coppa Italia dan merupakan sebahagian daripada pemain yang membawa kelab mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2015 dan menjaringkan gol walaupun Juventus tewas 3-1 kepada Barcelona.

Pada Jun 2016, Real membawa masuk Morata kembali dari Juventus pada nilai £26.2 juta dan pemain itu telah muncul sebagai pemain utama skuad Zinedine Zidane.

Tags / Kata Kunci: Alvaro Morata , Real Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan