Lukaku Nak Ke Chelsea

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 7:35 AM

Romelu Lukaku

(Ubah saiz teks)

ROMELU Lukaku telah memberitahu penasihatnya bahawa dia mahu kembali ke Chelsea musim panas ini.

Pemain antarabangsa Belgium ini berazam meninggalkan Everton, dengan Manchester United juga dikatakan mahu mendapatkan khidmatnya.

Tetapi Lukaku telah memberitahu ejen Mino Raiola keutamaannya adalah untuk kembali ke Chelsea, kelab yang ditinggalkannya pada 2014 dengan £28 juta.

"Kekal di Everton bukan lagi satu pilihan untuk musim depan. Saya tetap tenang," kata Lukaku, 24.

"Tiada apa yang kukuh berhubung kelab pada masa ini, ejen saya sibuk berbincang.

"Saya tidak akan membuat pengumuman besar tentang masa depan saya, tetapi saya tahu di mana saya mahu bermain: di sebuah kelab yang berjuang dalam Liga Juara-Juara dan boleh memenangi gelaran di England.

"Kami kini dalam perbincangan dengan kelab dan saya tidak sabar. Ejen saya tahu apa yang bakal berlaku dan saya juga tahu. Beberapa perkara masih dilakukan sebelum Lukaku menyatakan hasrat dirinya.

Penghalang kini adalah harga £100 juta yang ditetapkan Everton, yang akan menjadi bayaran rekod dunia.

"Saya tetap tenang dan kami juga mempunyai perjanjian dengan kelab,' katanya.

"Saya hanya akan berehat selama beberapa hari dan kemudian bersedia untuk musim akan datang.

"Saya mahu cuti saya dapat membawa segala-galanya ke satu tahap lain dan menjadi lebih baik dari tahun lepas. Kami bertenang dan sekurang-kurangnya kami mempunyai arah di mana kami mahu pergi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku , Mino Raiola

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan