Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 9:37 AM

Cristiano Ronaldo

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Manchester United diminta tidak kecewa dengan kenyataan pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ini kerana bekas pemain United ini menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk kembali ke kelab lamanya itu.

Memetik laporan Metro, Ronaldo dilaporkan tidak akan kembali ke United, kelab Liga Perdana Inggeris yang pernah disertainya pada 2003 hingga 2009.

Pemain dari Portugal ini juga sering dikaitkan dengan perpindahan semula Old Trafford, dengan wakil presiden United, Ed Woodward, turut mengakui Ronaldo menjadi sasaran utama.

Dari segi kos, United juga dilihat keberatan mengeluarkan belanja besar untuk bekas bintangnya itu. Metro melaporkan untuk mendapatkan Ronaldo, mereka memerlukan wang sehingga £150 juta.

Ditambah pula Ronaldo baru saja membawa Real meraih trofi Liga Juara-Juara 2017 dan La Liga, ia dilihat akan terus 'mengikat'nya di kelab itu.

Dua gol yang dijaringkannya di perlawanan final menantang Juventus melengkapkan koleksi gol sepanjang kariernya menjadi 600.

"Jelas saya mahu kekal di sini. Saya fikir saya akan bersara di Real Madrid," kata Ronaldo tahun lepas.

Kemudian pada musim panas ini dia berkata mahu bermain sehingga usia 40: "Saya akan bersara dari Madrid apabila saya berusia 40 tahun. Saya amat gembira di sini dan saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini."

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Manchester United

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan