Chelsea, Liverpool, Man City Sedia Beretap Berebut Pertahanan

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA, Liverpool dan Manchester City dilapor sedang bersedia untuk mendapatkan seorang pertahanan jika pemain tersebut meninggalkan kelabnya.

Ryan Bertrand sebelum ini telah memberitahu Southampton untuk meninggalkan kelab itu selepas melihat rakanya, Virjil Van Dijk ingin berhijrah.

Daily Mirror melaporkan, Bertrand yang menyertai The Saints dari Chelsea dua tahun lalu telah memberitahu rakan sepasukan untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Setakat ini, Pep Guardiola dikatakan bakal menjadi individu pertama yang akan cuba mempengaruhi pemain berusia 27 tahun itu.

Bagaimanapun, juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea juga dilapor mahu mendapatkan semula bekas pertahanan mereka.

Tidak terkecuali untuk mendapatkan Bertrand ialah Jurgen Klopp sebagai persediaan menghadapi play-off Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Liverpool , Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan