'Adios' Pepe!

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN kental Real Madrid, Pepe sahih akan meninggalkan juara liga Sepanyol itu selepas berkhidmat selama 10 tahun dan dijangka menyertai kelab Perancis.

Pemain veteran berusia 34 tahun itu, mendedahkan turut menerima tawaran daripada beberapa kelab di England selain Paris Saint-Germain dan tidak menyalahkan jurulatih, Zinedine Zidane.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Apa yang dilakukan Zidane ke atas Real Madrid adalah menakjubkan, tetapi ada perkara yang saya tidak faham.

"Saya tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Zidane kerana dia dan Real Madrid tahu bahawa saya akan meninggalkan kelab ini," katanya.

Pepe tampil dalam 334 perlawanan sejak menyertai Madrid dari Porto dengan harga 25.5 juta pound sterling pada 2007 tetapi peranannya semakin kurang digunakan susulan gandingan mantap Raphael Varane dan Nacho.

"Sudah jelas saya tidak akan terus bersama Real Madrid.

"Satu fasa sudah berakhir dan kini fasa berikutnya akan bermula," kata pemain kelahiran Portugal yang kontraknya akan tamat pada hujung musim ini.

Pepe memenangi Euro 2016 bersama Portugal tetapi dilahirkan dan dibesarkan di Brazil sebelum berhijrah ke Eropah pada usia 18 tahun.

Dia membentuk gandingan mantap bersama Sergio Ramos di Bernabeu dan pernah merangkul tiga kejuaraan La Liga, tiga trofi Liga Juara-Juara, dua Copa del Rey dan dua trofi Piala Dunia FIFA bersama kelab itu. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Pepe , Real Madrid

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan