Siapa Pengganti De Gea?

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 7:40 AM

David De Gea. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mendedahkan senarai nama yang bakal menggantikan David De Gea sekiranya penjaga gol itu menyertai Real Madrid.

Kelab Old Trafford yakin untuk mempertahankan pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu tetapi baru-baru ini difahamkan Jose Mourinho akan menjual De Gea pada harga 'premium'.

Penjaga gol United itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tiada rahsia lagi bagi De Gea yang mahu bermain untuk Real Madrid tetapi beliau tidak terdesak untuk segera ke kelab itu.

Memetik laporan Sportsmail, Real Madrid akan menawarkan wang atau tawaran melibatkan pemain-pemain seperti Alvaro Morata.

Bagaimanapun, Manchester United mempunyai senarai nama yang menjadi pilihan sebagai gantian kepada De Gea seperti Joe Hart dari Manchester City.

Selain itu, penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumm dan Samir Handanovic dari Inter Milan turut menjadi pilihan. - Mail Online

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan