United, City, Real Sanggup Belanja Besar Demi Mbappe

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KYLIAN Mbappe menyatakan komitmennya untuk kekal bersama AS Monaco pada musim panas ini meskipun menerima tawaran menarik daripada kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Manchester City dan Manchester United.

Mbappe, 18, menjadi tumpuan beberapa kelab terkemuka selepas mempamerkan prestasi menakjubkan bersama Monaco.

Difahamkan terdapat kelab yang sanggup menawarkan bidaan sebanyak 118 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan berita di Perancis, Real telah mengemukakan tawaran buat kali ketiga terhadap pemain bintang Perancis itu dengan bidaan sebanyak 135 juta pound sterling.

Sementara itu, United dan City masing-masing sanggup berbelanja 113 juta pound sterling dan 105 juta pound sterling semata-mata untuk mendapatkan Mbappe.

Monaco yang menjuarai trofi Ligue 1 buat pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun akan menawarkan kontrak baharu yang ditambah baik sesuai dengan status Mbappe sebagai pemain muda yang memiliki prospek cerah.

Selain itu, Arsenal turut berminat terhadap Mbappe yang menjaringkan 26 gol musim ini sehingga berjaya mengemudi pasukan itu mara ke aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Mbappe kini sedang menjalani tugas antarabangsa bersama Perancis menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Sweden di Stockholm pada malam Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe , AS Monaco

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan