Awang Import Sepanyol Perkuat JDT

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 2:43 PM

Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat tonik baharu menjelang saingan pusingan kedua kempen Liga Malaysia bermula bulan depan apabila mengikat seorang lagi pemain import dari Sepanyol, Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues.

Berita baik itu diumumkan pasukan tersebut menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, pemain yang beraksi di posisi tengah tersebut berjaya memikat hati skuad Harimau Selatan selepas membantu pasukan Levante layak beraksi di pentas La Liga.

Ignacio yang memulakan karier bola sepak bersama Akademi Remaja Valencia pernah menyarung jersi Villarreal CF, Celta Vigo dan Real Zaragoza.

"Pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu kelebihan besar," kata pasukan itu.

Menurut JDT, kehadiran Natxo dijangka akan mengukuhkan barisan tengah pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia.

"Gabungan tiga pemain Insa-Safiq-Hariss dan beberapa pemain tengah kami yang lain akan menguatkan barisan tengah pasukan pada masa akan datang," katanya.

Sebelum itu, JDT turut berjaya menyempurnakan perpindahan ayam tambatan Kelantan Mohammed Ghaddar pada 18 Mei lalu.

Kelantan tidak mendedahkan nilai perpindahan Ghaddar tetapi ia dipercayai bernilai RM1.4 juta sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah Liga Malaysia.

Tags / Kata Kunci: JDT

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan