Chelsea Mahu Rampas Pemain Ini Dari Real Madrid Dan United - Bola Sepak | mStar

Chelsea Mahu Rampas Pemain Ini Dari Real Madrid Dan United

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte yakin Chelsea dapat merampas pemain yang menjadi buruan Real Madrid dan Manchester United pada musim panas ini.

Conte melahirkan keyakinan itu kerana dia mempunyai hubungan baik dengan pertahanan Juventus itu, Leonardo Bonucci.

Bonucci memainkan peranan penting untuk Juventus sehingga ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Ahad lalu.

Kelab gergasi La Liga dan Manchester United antara yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Bonucci.

Bagaimanapun Conte dikatakan lebih terdesak untuk mendapatkan pertahanan berusia 30 tahun itu dengan menawarkan kontrak selama empat tahun bernilai £115,000 seminggu.

Kehadiran Bonucci dijangka dapat menggantikan kekosongan yang ditinggalkan John Terry bagi musim depan.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan