Tiote Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung - Bola Sepak | mStar

Tiote Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 7:11 AM

Gambar fail Cheick Tiote. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Pemain skuad kebangsaan Ivory Coast itu meninggal dunia pada Isnin akibat serangan jantung.

Insiden berlaku semasa sesi latihan bersama kelab China, Beijing Enterprise.

Dilaporkan bahawa bapa kepada tiga anak itu bakal menerima seorang cahaya mata dalam beberapa minggu lagi.

Tiote meninggalkan Newcastle pada February lalu selepas tujuh tahun di St James' Park.

Dalam tempoh itu, beliau membuat 156 kemunculan dan menjaringkan satu gol. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan