Ramos Patut Malu - Ferdinand

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS bintang Manchester United, Rio Ferdinand berkata dia akan berasa malu untuk melihat anak lelakinya jika dia berpura-pura menjatuhkan diri seperti yang dilakukan kapten Real Madrid, Sergio Ramos pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad lalu.

Pemain Juventus, Juan Cuadrado dilayangkan kad merah pada minit ke-84 selepas dilihat mengasari Ramos yang secara tiba-tiba terjatuh ketika lawannya kelihatan secara tidak sengaja memijak kakinya.

Insiden itu berlaku ketika Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara ke-12 mereka.

Ferdinand bagaimanapun berkata Ramos patut berasa malu di atas perbuatannya itu.

"Ramos patut berasa malu. Bila dia lihat hari esok dia akan malu.

"Jika anak saya melihat saya bertindak sedemikian, saya pasti malu untuk bertentang mata dengan anak saya.

"Dengar, Ramos adalah pemain berkelas dunia yang mempamerkan prestasi terbaik bersama kelab dan negara untuk sekian lamanya."

Cuadrado menjadi pemain gantian pertama dilayangkan kad merah pada aksi final tersebut.

Penyingkiran pemain Colombia itu menyaksikan Juventus terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain yang berdepan kesukaran untuk merapatkan jurang gol dengan Madrid.

Tags / Kata Kunci: Sergio Ramos , Rio Ferdinand

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan