Liverpool Umum Pemain Baharu Minggu Ini - Bola Sepak | mStar

Liverpool Umum Pemain Baharu Minggu Ini

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL dilapor bakal mengumumkan pemain baharunya minggu ini menerusi pembelian bernilai £35 juta.

Menurut Daily Telegraph, perbincangan bagi mendapatkan Mohamed Salah dari Roma telah berlangsung sejak seminggu lalu.

Liverpool dilapor masih berusaha mendapatkan pemain Mesir itu walaupun bidaan awal bernilai £28 juta ditolak Roma.

Salah pernah menjadi sasaran Liverpool ketika dibimbing Brendan Rodgers, namun Chelsea telah merampas pemain berkenaan.

Usaha Liverpool untuk mendapatkan Salah lebih mudah kali ini kerana pemain berkenaan ingin bermain di bawah Jurgen Klopp.

Salah yang pernah membuat 13 penampilan di Liga Perdana Inggeris dijangka dapat menggandakan jumlah gaji berbanding di Roma kepada £90,000 seminggu.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Mesir , Roma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan