Satu Lagi Peluang - Buffon

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 10:30 AM

BUFFON melewati trofi Liga Juara-Juara selepas pasukannya tewas 1-4 kepada Real Madrid di Cardiff pada 3 Jun 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

TIGA kali beraksi di pentas final Liga Juara-Juara dan tiga kali juga penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon dikecewakan.

Terbaharu, harapan Buffon untuk melengkapkan koleksi trofi kejohanan utama berkecai apabila Juventus tewas mudah kepada Real Madrid di Cardiff.

Namun kekalahan tersebut ternyata tidak mematahkan semangat penjaga gol  berusia 39 tahun itu dalam memburu trofi terulung Eropah itu.

Sebaliknya, Buffon memberikan satu lagi peluang buat dirinya memenangi Liga Juara-Juara, satu-satunya kejohanan yang belum pernah dimenangi oleh pemain Itali itu.

"Saya masih mempunyai setahun lagi kontrak bersama Juventus dan ia bermakna saya mempunyai satu lagi peluang untuk menang Liga Juara-Juara.

"Sejujurnya, sukar untuk melakukan yang lebih baik berbanding tahun ini kerana kami menempuhnya dengan menakjubkan pada musim ini.

"Namun malangnya, kami gagal untuk memenanginya," kata Buffon.

Jika gagal pada musim depan, Buffon akan tersenarai sebagai pemain hebat yang gagal memenangi Liga Juara-Juara selepas dia memberi bayangan bahawa akan bersara selepas Piala Dunia 2018.

"Amat mengecewakan kerana kami fikir telah melakukan sebaik mungkin untuk menang.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama yang menyaksikan Real Madrid sukar untuk membuat gerakan.

"Tetapi sukar untuk menjelaskan dengan persemmbahan kami pada separuh masa kedua," katanya. - Mirror


Tags / Kata Kunci: Gianluigi Buffon , Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan