TMJ Tanggung Kos Pembedahan Adik Adra - Bola Sepak | mStar

TMJ Tanggung Kos Pembedahan Adik Adra

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 5:43 PM

Foto: PFAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak kepada penyerang Perlis, Mohd Alafi bin Mahmud bakal menjalani pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) Sabtu ini.

Menurut kenyataan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) di laman rasminya, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina.

Adra disahkan menghidap penyakit jantung berlubang sebelum ini dan PFAM membuka kutipan untuk meringankan beban pemain berusia 32 tahun itu.

"Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adik Adra Medina.

"Untuk makluman, pihak PFA Malaysia juga menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

"Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi saudara Alafi".

Tags / Kata Kunci: TMJ , Adra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan