Isu FAM-Bernhardt Selesai

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu tuntutan baki gaji bekas ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt telah selesai pada Ahad.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, perkara tersebut diselesaikan dalam satu mensyuarat di Wisma FAM.

"FAM mengambil sikap untuk tidak mengulas mengenai isu ini sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt.

"Penyelesaian dan keputusan yang telah dibuat hari ini (Ahad) turut telah mendapat perkenan Presiden FAM, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi," jelasnya ringkas dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi FAM, Ahad.

Sebelum ini isu bayaran baki gaji dan pampasan Bernhardt menjadi perhatian selepas FAM mengambil keputusan menamatkan khidmat pengendali dari Jerman itu selepas selesai kongres FAM yang ke-53 Mac lalu.

Ketika keputusan  diumumkan oleh presiden, jurulatih itu berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi mengharungi saingan Piala Dubai 2017 dan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pemecatannya sebaliknya hanya mengetahui daripada laporan media.

Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia Bawah-23 pada 9 Disember 2015 yang lalu.

Menurut laporan media sebelum ini, berdasarkan baki sepuluh bulan kontrak dan gaji bernilai RM70,000 sebulan seperti yang dilaporkan sebelum ini, FAM perlu membayar pampassan berjumlah RM700,000 atau berdasarkan nilai pampasan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


Tags / Kata Kunci: FAM , Frank Bernhardt

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan